Imam
As Syafi’i berkata, “ seseorang tidak diperkenankan memberi fatwa
kecuali dia mengetahui Al Qur’an secara lengkap, termasuk ayat ayat yang
telah dihapus, dan ayat ayat yang menghapusnya, dan ayat yang mirip
satu sama lain, dan apakah surah itu diturunkan di Mekah atau di
Madinah. Dia harus mengetahui seluruh koleksi hadits Nabi, baik yang
asli maupun yang palsu. Dia harus memahami bahasa Arab pada masa Nabi
beserta tata bahasa dan keistimewaannya, serta mengetahui puisi puisi
arab. Disamping itu dia harus mengetahui kebudayaan berbagai masyarakat
yang tinggal di berbagai tempat. Jika seseorang memiliki seluruh
pengetahuan itu dalam dirinya, maka ia boleh berpendapat bahwa ini halal
ini haram. Jika tidak, maka ia tidak punya hak untuk mengeluarkan
fatwa.
Contohlah juga Umar bin Khattab, bila ia ingin memberikan keputusan atas suatu masalah maka ia kumpulkan dahulu seluruh sahabat yang terlibat dalam perang Badar (sekitar 313 sahabat) untuk menemukan jawabannya.
MEREKA???????
Contohlah juga Umar bin Khattab, bila ia ingin memberikan keputusan atas suatu masalah maka ia kumpulkan dahulu seluruh sahabat yang terlibat dalam perang Badar (sekitar 313 sahabat) untuk menemukan jawabannya.
MEREKA???????
Bukti Wahaby adalah jamaah takfir!
Posted on September 11, 2008 by admin
Sudah jelas bahwa mayority muslim di dunia
adalah ahlusunnah (sunni) yang berpegang teguh dengan 4 madzab
ahlusunnah yangberakidah mengikut nabi dan sahabat, yang mana kaidah
aqidah nabi dan sahabat telah disusun oleh imam alasy’ary.
Maksud imam asy’ary menyusun kaidah tauhid adalah untuk melestarikan
pemahaman aqidah nabi dan sahabat, dan menjaga agar aqidah umat (umat
akhir zaman yang lemah ilmu, iman dan amal) tetap mengikuti aqidah nabi
saw…kaidah tauhid imam al asy’ary dikenal dengan kaidah aqidah 50 (karena terdiri dari : 20 sifat wajib Allah dan 20 sifat yang mustahil, 1 sifat yang jaiz utk Allah….4 sifat wajib utk nabi, 4 sifat yg mustahil bagi nabi dan 1 sifat yang boleh)…
inilah aqidah mayoritas umat islam yang disebut sunni atau ahlusunnah!!
Aqidah ini adalah aqidah seluruh ulama 4 madzab dr dulu hingga sekarang! Tokoh-tokoh aqidah ini diantaranya sallahudin al ayubui (penakluk baitul maqdis), imam ibnu hajar, imam nawawi, imam alghazali, imam subki, imam aljauziah, imam suyuti, dsb……Aqidah yang diajarkan di madrasah al azhar asyarif (kairo-mesir) lebih dari 10 abad…!
tapi sekte sesat wahaby telah mengkafirkan aqidah ahlusunnah ini!
inilah bukti kitab takfir wahaby syaikh ‘ibnu ‘abdul wahab annajdy dan syaikh abdul aziz bin baz laknatullah…..yang megkafirkan aqidah sunni(asya’irah)!
Asya’irah dimata Wahabi
Mereka mendakwa Asya’irah dari golongan yang bertentangan dengan Para Sahabat, Tabi’in, Tabi’ Tabi’in dan Imam yang empat Shafe’i , Hambali , Maliki dan Hanafi dalam masaalah aqidah dan tidak berhak untuk digelar sebagai Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah.
Golongan Asya’irah bukan hanya sekadar menyalahi Ibnu Taimiyyah bahkan menyalahi mejoroti Imam-imam dan para ulama’ yang diatas jalan Salaf.
Demikianlah Wahabi memomok-momokkan Golongan Asya’irah dengan dakwaan-dakwaan yang batil dan bohong!!!
Awas Aliran Wahabi bukan hanya bercanggah dalam masaalah cabang bahkan yang sungguh menakutkan percanggahan dalam soal-soal aqidah !!!
AWASI JEMAAH WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM
Posted on August 29, 2008 by admin
AWASI JEMAAH WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM TANPA SEBAB YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK. Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi merupakan antara ulamak-ulamak Al-Azhar yang terulung, beliau menyifatkan fahaman Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Syaukany dan termasuk juga Al-Wahhabiyah sebagai suatu jemaah yang mengkafirkan umat Islam selepas disebut secara panjang lebar di dalam kitab (( مقالات وفتاوى )) di bawah tajuk “At-Tawassul”, m/s 134 : ” Kami telah menulis suatu ucapan yang ringkas padat pada membicarakan tentang amalan bertawassul kepada Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam. Dan kami tahzirkan / waspadakan supaya berhati-hati dengan pelampau-pelampau agama dan sesiapa yang mengikut “style” pengkafiran mereka dengan mengkafirkan seluruh Umat muslimin. Kami Katakan kepada mereka : Sesungguhnya pengkafiran itu merupakan sesuatu perkara yang besar, tidaklah sepatutnya kepada mereka yang memelihara agamanya pantas melakukannya”.
MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM.
Menurut Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi apabila membahaskan tentang keharusan amalan bertawasssul dengan para nabi dan para rasul dan para ulamak solihin pada M/s 136 : ” Maka bagaimana boleh mereka mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah-darah mereka, harta benda mereka lantaran kerana mereka melakukan amalan bertawassul dan beristighothah, sehinggalah pada pengishtilahan mereka, orang yang tidak bertepatan dengan apa yang mereka pegang. Pertelingkahan pada makna bukan pada lafadz??!”.
Al-WAHHABYAH ADALAH KHAWARIJ.
Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi dalam kitab yang sama, m/s 138 menegaskan :” Maka kami katakan : Kamu ( Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) telah mengkafirkan (umat Islam) ketika mana kamu melontarkan kepada Umat Islam dengan kekufuran? ataupun kami mengatakan : Sesungguhnya kamu (Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah orang yang mengaburi kita dengan memperbanyakkan solat, banyak membaca Al-quran (dengan lidah-lidah mereka) tetapi tidak sampai ke hatisanubari mereka. Mereka menyeleweng daripada agama sebagaimana terselewengnya panah daripada busur?! ataupun kami katakan : Sesungguhnya mereka (Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah Golongan al-Khawarij yang mana Ibn Umar mengatakan -sebagaimana ia termaktub di dalam sohih bukhari- ” mereka sengaja membawa ayat yang sebenarnya diturunkan kepada orang-orang musyrikin lalu mereka meletakkan (ayat tersebut) kepada umat Islam)? atau kami katakan sebagaimana Ibn Umar juga: “ Sesungguhnya kamu telah membunuh penduduk masyarakat Islam sedangkan kamu membiarkan penyembah berhala (bermaharajalela ))? atau kami mengatakan : ” Dan kami tidak mahu melainkan mereka merupakan golongan pelampau agama yang pekat tolol, degil, bersifat jumud lagi jahil.”
Seterusnya Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi meyambung :” Sesungguhnya kamu ( wahai Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah musuh Allah yang mana kamu mensabitkan bagi-Nya (Allah) dan mentashbihkan Nya dengan makhluk. Dan juga kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) musuh Rasulullah yang mana mereka (wahai Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) tidak memuliakan dan juga tidak meraikan dengan menghormatinya. Dan Kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah)) adalah musuh para auliya’ yang mana kamu telah menghina mereka dengan segala bentuk penghinaan. Dan Kamu ( wahai Ibn taymiyah, Ibn Qayyim dan al-Wahhabiyah) adalah musuh kepada semua Umat Islam yang mana kamu telah menghalalkan darah-darah mereka dan harta benda mereka sehingga mereka telah membunuh anak-anak lelaki dan juga anak-anak perempuan mereka. Demikian itu kami tidak melakukannya, sedangkan perkara tersebut perkara yang paling membawa kekufuran dan sangat membawa maksiat kepadaNya. Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi mengketegorikan ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Wahhabiyah sebagai mana berikut ;
1.Khawarij (ini kerana mereka suka mengkafirkan umat Islam)
2.Ghulat ; pelampau agama
3.Musuh Allah
4.Musuh Rasulullah
5.Musuh para ulamak dan awliya’ yang sholihin
6.Menyeleweng daripada agama.
7. Bersifat jumud dan “primitif”
8.Kumpulan pengganas yang membunuh umat islam sehingga kanak-kanak lelaki atau perempuan.
IBN TAYMIYAH DAN WAHHABIYAH ADALAH PELAMPAU AGAMA.
Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi dalam m/s 140: ” Dan untuk memendekkan perkara ini, kami datangkan kepada kamu sesuatu tentang arwah dan amalan arwah selepas kematiannya yang mana ia diperkatakan oleh Ibn Qayyim, dan jua sesuatu yang diperkatakan oleh As-Syaukany. Dan Kedua-duanya merupakan tokoh-tokoh pelampau agama yang mana kata-kata mereka sering mengelirukan (umat Islam) di setiap penduduk negara, bahkan apa yang mereka pandangnya sebagai ilmu atau seumpama ilmu, maka itu adalah sesungguhnya untuk Ibn taymiayh, Ibn Qayyim, dan Syaukany. Dan mereka menghukumkan seorang demi seorang seperti babgha’ (burung kakak tua)…”
KEJAHILAN DAN KEDANGKALAN BERMAHARAJALELA DI DALAM DIRI.
Dalam m/s 141 di bawah tajuk “amalan arwah selepas kematian”: ” ini adalah yang disebut oleh Ibn Qayyim. Maka lihatlah apa yang telah mereka perkatakan. Dan janganlah kamu lupa bahawasanya dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan ataupun seumpama dengan ilmu pengetahuan, melainkan di ambil daripada ucapan Ibn Qayyim dan para sahabatnya. Tetapi apa yang telah nyata mereka sebenarnya kurang mengulangkaji seperti mana juga mereka mempunyai akal yang pendek.”
ULASAN ;
qultu ; maka benarla apa yang dikatakan oleh Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddits Syeikh Yusuf al-Dijwi. Ini juga yang telah diperkatakan oleh Ibn ‘Abidin al-hanafi di dalam kitab Raddul Mukhtar dan yang lainnya:
Mari kita lihat sejenak kata-katanya :
: مطلب في أتباع( ابن )عبد الوهاب الخوارج في زماننا قوله
(ويكفرون أصحاب نبينا (ص)) علمت أن هذا غير شرط في مسمى الخوارج، بل هو بيان لمن خرجوا على سيدنا علي رضي الله تعالى عنه، وإلا فيكفي فيهم اعتقادهم كفر من خرجوا عليه، كما وقع في زماننا في اتباع (ابن) عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة، لكنهم اعتقدوا أنهم هم المسلمون وأن من خالف اعتقادهم مشركون، واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم، حتى كسر الله تعالى شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم عساكر المسلمين عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف
Satu mathlab pada menceritakan pengikut [Ibn] Abdul wahhab al-Khawarij di zaman kita:
“ Dan mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi kita Sollalllahu ‘Alaihi wassalam, aku mengetahui bahawa ini adalah bukan menjadi syarat untuk (mereka) dinamakan sebagai Khawarij. Bahkan ini adalah penjelasan bagi mereka yang keluar daripada sayyidina ‘Ali – semoga Allah meredhainya- , dan jika tidak maka cukuplah pada diri mereka itu i’tiqod mereka mengkafirkan orang yang keluar daripada mereka, sepertimana yang terjadi pada zaman kita, pengikut [Ibn] muhammad Abdul Wahhab yang keluar daripada Najad (sekarang ialah Riyadh), mereka telah menguasai Haramain (Makkah dan Madinah) , mereka pernah menisbahkan diri mereka mazhab al-Hanabilah, tetapi mereka ber’itiqod bahawa mereka sahajalah Islam dan sesiapa yang selain mereka, bercanggah dengan i’tiqod mereka adalah kafir musyrik, disebabkan perkara tersebutlah mereka menghalalkan pembunuhan terhadap Ahlus Sunnah (ASWJ) dan membunuh ulamak-ulamak mereka (ASWJ), sehinggalah Allah telah memecahkan rumah-rumah mereka, membinasakan negara mereka, dan tentera-tentera Islam menawan mereka pada tahun 1233h.”
Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/
http://abulehyah.blogspot.com/
Filed under: AWASI JEMAAH WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM | Leave a comment »
semoga bermanfaat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar