Tentang Tawassul, Hadis Jariyah dan Ibu-Bapak Nabi Di sorga
Posted on March 17, 2009 by admin
Al Alim Al Allamah Al Sayuthi- “at Ta’zimm wal minnah”- telah ditahkik oleh (mantan) Mufti Negara Mesir berserta anggota jemaah ulamak besar, Fadhilah al Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf r.a. boleh didapati di maktabah Darul jawami’ul kalim..Kaherah.
Bahana campur urusan ibu -bapa Nabi s.a.w.
وقد سئل القاضى أبو بكر العربى أحد المالكية عن رجل قال أن أبا النبى فى النار فاجاب بأنه ملعون لأن الله تعالى قال : ان الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله فى الدنيا والأخرة وأعدلهم عذابا مهينا
ولا أذى أعظم من أن يقال : اباه فى النار
Sesungguhnya telah ditanya al-Qadhi Abu
Bakar al-Arabiy , salah seorang ulamak mazhab Maaliki berkenaan seorang
yang mengatakan bahawa Bapa Nabi s.a.w dalam Neraka.
Beliau menjawab orang itu “Mal’un” kerana Allah ta’la berfirman: {Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul Nya mendapat laknat didunia dan akhirat , dan menyediakan Allah bagi mereka Azab yang sangat menghinakan}
S. al-Ahzab ayat 57.
Beliau menjawab orang itu “Mal’un” kerana Allah ta’la berfirman: {Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul Nya mendapat laknat didunia dan akhirat , dan menyediakan Allah bagi mereka Azab yang sangat menghinakan}
S. al-Ahzab ayat 57.
وكيف لا وقد روى ابن منده وغيره عن ابى هريرة قال جاءت سبيعة بنت ابى لهب الى النبى فقالت يارسول الله ان الناس يقولون أنت بنت حطب النار فقام رسول الله وهو مصعب فقال ما بال أقوام يؤذونى فى قرابتى ومن آذانى فقد آذى الله
Betapa tidaknya?,
Sesungguhnya telah meriwayat oleh
Imam Ibnu Mandah dan selain beliau dari Abi Hurairah r.a beliau berkata : Telah datang subai’ah binti Abi Lahab kepada Nabi s.a.w. , maka mengadu Ia, Wahai Rasulullah , Sesungguhnya manusia berkata “Engkau anak perempuan pembawa bahan bakar Api Neraka”. Lalu Rasulullah s.a.w bangun dengan keadaan kesusahan sambil bersabda: ” Apa kah yang terjadi pada orang ramai, mereka menyakiti daku berkenaan kerabatku. Sesiapa yang menyakiti daku sesungguhnya telah menyakiti Allah “.
– hasyiah tahkik al-maqam ala al- kifayah al-awam, al-allamah al-Sheikh Ibrahim al-Baajuri . m.s 13.
Oleh yang demikian , kalau nak mengulas pun hendaklah mengatakan yang baik-baik saja berkenaan mereka. Kalau tidakpun diam je lah. jangan memandai-mandai.
Sesungguhnya telah meriwayat oleh
Imam Ibnu Mandah dan selain beliau dari Abi Hurairah r.a beliau berkata : Telah datang subai’ah binti Abi Lahab kepada Nabi s.a.w. , maka mengadu Ia, Wahai Rasulullah , Sesungguhnya manusia berkata “Engkau anak perempuan pembawa bahan bakar Api Neraka”. Lalu Rasulullah s.a.w bangun dengan keadaan kesusahan sambil bersabda: ” Apa kah yang terjadi pada orang ramai, mereka menyakiti daku berkenaan kerabatku. Sesiapa yang menyakiti daku sesungguhnya telah menyakiti Allah “.
– hasyiah tahkik al-maqam ala al- kifayah al-awam, al-allamah al-Sheikh Ibrahim al-Baajuri . m.s 13.
Oleh yang demikian , kalau nak mengulas pun hendaklah mengatakan yang baik-baik saja berkenaan mereka. Kalau tidakpun diam je lah. jangan memandai-mandai.
Sebenarnya tidak
terdapat satu NAS al-Quran atau Hadis Sahih mutawatir yang qathie , yang
boleh dijadikan sandaran pada i’toqod ibu bapa Nabi s.a.w berada dalam
neraka wal iyyazabillah.. Tidak dijumpai satu keterangan pun dalam soal ini yang memuaskan, boleh dijadikan dalil.
Sesahih-sahih keterangan , hanya satu Hadis riwayat Imam Muslim saja yang masih dipertikaikan disudut Isnad dan Matannya.
Keterangan-keterangan yang dipertikaikan ,tidak boleh dijadikan HUJJAH dalam soal akidah.
Oleh
yang demikian jauhilah sifat mereka yang lancang dan celupar mulut
terhadap silsilah keturunan Rasul s.a.w. Lebih-lebih lagi dengan hanya
berdasarkan asas yang tidak kukuh.
Tak do kojo jangan cari kojo jang,
kojo pulak tu mobahayo,,
mak bapak Nabi jangan main-main jang,
jangan kao teghikut oghrang nak ke nerako.
Ulasan yang tahkiknya berkenaan isu ini :
Hadis Muslim yang manjadi asas pertikaian:
Daripada
Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik ”
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
” Wahai rasulullah s.a.w , dimanakah bapaku?. Rasulullah s.a.w
menjawab ” Didalam neraka” . tatkala lelaki tersebut berpaling,
Rasulullah s.a.w memanggilnya lalu berkata , ‘ Sesungguhnya bapaku dan bapamu didalam Neraka”.
Imam Nawawi yang mengkomentari hadis ini didalam Syarah Muslim berkata:
“Hadith ini menunjjukkan
bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh Fathrah , akan tetapi terlibat
dalam penyembahan berhala tergolong dari kalangan ahli Neraka . hujjah
yang mengatakan bahawa mereka tidak sampai seruan dakwah dari Nabi
Ibrahim a.s serta dari Nabi-nabi yang lain tidaklah diterima sebab
seruan telah diberi.”.
Sebab –sebab tidak sah kehujahan hadis Muslim tersebut :1.Tiada pula didapati Imam Nawawi mengatakan Ibu-bapa Nabi s.a.w dalam neraka.
2.Lagi pula jika diperhatikan komentari
Imam Nawawi tersebut, yang jelas maksudnya ditujukan kepada mereka yang
hidup disekitar tempoh fathrah (tempoh masa tiada diutuskan seseorang
Rasul contohnya jarak masa antara Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w )
tersebut, jika mereka menyembah berhala, sedangkan tidak
terdapat sebarang NAS yang menunjjukkan Ibnu-Bapa Nabi s.a.w pernah
menyembah sebarang berhala, atau mengadakan suatu perkara yang
menunjjukan mereka pernah bertuhankan berhala .
3.
Ayat Quran yg mensabitkan Ahli fathrah terlepas dari Neraka, apabila
ayat quran yang bertentangan dengan hadis ma’lul, mestilah tertolak
kesahihan makna hadis tersebut daripada kehujahannya, atau perlulah
diihtimalkan kepada suatu makna yang patut.
4. Hadis yang dipertikaikan sanadnya
…….. ya.. memang lah kalau dipandang disudut ulasan Imam Nawawi tersebut
nampaknya bercanggah dengan makna ayat Quran yang mensabitkan ada ahli
Fathrah.. tetapi adakah anda akan berpegang dengan satu dalil yang tidak
berfaedah apabila ianya bercanggah dengan al-Quran?. Lebih-lebih lagi
bila diperhatikan , Imam Nawawi hanya mentafsirkan makna-makna hadis
tersebut saja, tanpa catitan bahas isnad dan sebagainya disudut
percanggahan. Betul, memang betul ulasan Nawawi, tapi hanya disudut
makna hadis saja. Lagipula, hadis-hadis yang isnadnya ma’lul begitu
tidak sah dibuat pegangan akidah… wallahu a’lam….Jawapan Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi: klik le sini
السوال
قرأت في كتابك (مع الناس) أن أهل الفترة مغفور لهم لقوله تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً) ولكنني قرأت في بعض كتب الحديث ورد فيها ثلاثة أحاديث لا تتفق مع هذا في الظاهر:
أولها:
حديث عائشة رضي الله عنها و عبد الله بن جدعان رضي الله عنه فرد عليها
النبي صلّى الله عليه وسلّم بأنه لم يقل يوماً ربِّ اغفر لي خطيئتي يوم
الدين
ثانيها: حديث امرؤ القيس حامل لواء الشعراء في النار
ثالثها: أنه لم يؤذن لرسول الله صلّى الله عليه وسلّم في أمه
و هل يوجد كتاب لسماحتكم يبحث في هذا الموضوع ومن لم يصله الإسلام في العصر الحديث؟
الجواب:
جمهور
العلماء على أن أهل الفترة ناجون يوم القيامة، وأقوى دليل لهم على ذلك قول
الله تعالى: {وَما كُنّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً}.
والجواب
عن الأحاديث التي ذكرتها، أن بعضها كان قبل نزول هذه الآية التي هي في
سورة الإسراء، وهي من أواخر ما نزل في مكة. وبعضها كحديث امرئ القيس، أن
امرئ القيس وإن لم يدرك الإسلام، ولكنه أدرك العقائد الإيمانية بالله تعالى
إجمالاً غير أنه لم يضبط سلوكه بمقتضى ذلك.
والمرجع الذي بوسعك أن تعود إليه في هذا الموضوع، مما قد كتبته هو كتابي ((كبرى اليقينّيات الكونية)).
PENGUMUMAN
, KEPADA MEREKA YG MEMANDAI-MANDAI BAWA PERKATAAN IMAM ABU HASAN AL
ASHARI DLM MAQOOLAT ISLAMIYYIN YG MENGATAKAN ” AKIDAH TUHAN TIDAK
BERTEMPAT ADALAH AKIDAH MUKTAZILAH ” MAKA RENUNG-RENUNGKAN LAH PULA YANG
INI:
– وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 هـ) رضي الله عنه ما نصه : ” كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه
” اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ
ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. – تبيين كذب المفتري , ص/
150
Berkata Imam Ahlusunnah Abu Hasan Al-Ashaari ( wafat 324 h.) r.a bermula nasnya: “Ada
Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula
Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT ,
adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakannya”
– Tanpa bertempat dan tiada berhajat kepada Arasy dan Kursi. Telah
menukil sedemikian dari pada Imam Abu Hasan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir
akan nukilan daripada al Qodhi Abi Ma’ali al Juwaini- Tabyyin Kazibi al-
Muftari m.s. 150-.
Persoalan Akidah Imam Ahmad Bin Hanbal r.a .
Sesapa yang boleh baca
arab , cecuba le peratikan sesikit hak yg dalam kitab fatawa s. ibn
hajar ni ha… abih tidak nya dapat lah kita reti, akidah Tuhan bertempat/mempunyai pihak/berjihat/ pihak yg enam,
tu isnadnya tak mutawatir. tak sekata ahli ilmu Islam yg faham gitu.
abihtu?. nak pakai ke ilmu akidah yg kucar kacir riwayatnya tuh?..
memikir le kita, jgn tak memikir. kalau dema kata ,, eeh akidah tuhan tak bertempat tu
ada dimasuki falsafah..?.. eeeh kita pulak mnjawab,, bukan soal
falsafah -falsampahnya… sbb bila dah sampai periwayatan ilmu akidah
ketabaqah salfussoleh , kok mane falsafahnya lagi?. bahkan akidah deme
tu yg kate Tuhan bertempat ,,nampak-nampaknya mcm telah dimasuki faham
mujassimah… ingatle sikit.. yg tak Islam pun berakidahkan Tuhan
bertempat.
sesapa pulak yg rajin mmbc buku, beli le dan bacale pulak buku ustaz abdullah mustaqim “ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT”.
– jahabersa. buku ni walaupun ade anak pak wahab sorangtu yg kritik
,kononya dah dijawab oleh sorng ustaz deme, tak kesah kita , sbb isi
kandungn buku tu betul ngn akidah ASWJ yg sebenar.. sbb dalil dan
hujjah2nya boleh dikorek dlm kitab2 aslinya yg bahasa arab yg jadi
rujukan buku tuh…
Filed under: Hadis Jariyah dan Ibu-Bapak Nabi Di sorga, Tentang Tawassul
Tidak ada komentar:
Posting Komentar